Options
Metafizik Melayu Menurut Filsuf Melayu Kerajaan Buddha, Hindu dan Islam
Journal
KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities
ISSN
1394-9330
Date Issued
2023
DOI
10.21315/kajh2023.30.2.8
Abstract
<jats:p>Makalah ini bertujuan untuk mengupas konsep falsafah atau metafizik Melayu secara khusus dari kurun ke-7 sehingga kurun ke-17 yang menjangkau kerajaan Sriwijaya, Malayu-Singapura dan Aceh dengan karya-karya filsuf Sakyakirti, Dharmakirti, Kuja Ali (melalui narator Hikayat Seri Rama) dan Hamzah Fansuri. Falsafah daripada kerajaankerajaan pelbagai zaman merujuk kepada ilmu tertinggi yang sama iaitu metafizik yang berasaskan konsep sebab dan akibat (causality). Para filsuf bersetuju bahawa alam semesta adalah kesan yang dicipta daripada sebab muktamad, namun ahli falsafah Sriwijaya seperti Sakyakirti dan Dharmakirti dari sekolah Buddha Yogacara mengaitkan perkara ini dengan cita, manakala Kuja Ali dan Hikayat Seri Rama dari tradisi Hindu Samkhya pada zaman Melayu-Singapura menganggap hal ini sebagai purusa, dan Hamzah Fansuri dari tasawuf Islam pada zaman kerajaan Aceh pula merujuknya sebagai Allah SWT. Di sebalik perbezaan itu, pendekatan pengetahuan kendiri yang sama telah diambil oleh semua filsuf kerana mereka mempercayai bahawa “wujud diri” (akibat) adalah tidak berbeza dengan wujud sebab, iaitu dengan menyedari wujud diri, seseorang akan mengenali “wujud hakiki”. Persamaan dan kesinambungan daripada konsep dan pendekatan ini di seluruh kerajaan Sriwijaya sehingga ke Aceh mungkin merupakan tradisi atau jati diri falsafah Melayu yang belum diterokai dan disedari oleh masyarakat falsafah.</jats:p>
File(s)
Loading...
Name
Picture1.png
Type
personal picture
Size
3.11 KB
Format
PNG
Checksum
(MD5):21881560e0c3c9c06b18c6e8fdc11acf