Options
Larut-Lesap Biologi Kaolin menggunakan Siderofor daripada Bacillus aryabhattai dan Bacillus megaterium
Journal
Sains Malaysiana
ISSN
0126-6039
Date Issued
2024-08-31
Author(s)
Husna Alya Mohd Rani
Adnan Azmi
Muhammad Ahmad Zan
Monisha Rajamohan
Sylvia Chieng
DOI
10.17576/jsm-2024-5308-05
Abstract
<jats:p>Kehadiran cemaran besi di dalam kaolin secara signifikannya mengurangkan nilai komersialnya, kerana besi memberi kesan negatif terhadap indeks keputihan dan sifat refaktori kaolin tersebut. Walaupun kaedah penulenan kaolin secara fizikal dan kimia adalah berkesan, tetapi kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan seperti kos yang tinggi dan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk mencadangkan kaedah baharu yang mesra alam serta boleh diaplikasi dalam skala yang lebih besar dalam industri bagi penulenan kaolin. Dalam kajian ini, siderofor Bacillus aryabhattai dan Bacillus megateriumyang ditulenkan secara separa digunakan untuk proses larut-lesap kaolin. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua siderofor mampu mengeluarkan cemaran besi daripada sampel tanah liat kaolin. Melalui analisis spektroskopi sinar-X serakan tenaga (EDX), peratus berat besi di dalam kaolin telah menunjukkan penurunan sebanyak 48.2% bagi siderofor B. aryabhattai dan 50.6% bagi siderofor B. megaterium. Selain itu, analisis mikroskop elektron pengimbas (SEM) pula menunjukkan struktur lapisan kaolin kelihatan masih terpelihara dan menyamai morfologi kaolin mentah. Hasil kajian ini menunjukkan keberkesanan proses larut-lesap menggunakan siderofor B. aryabhattai dan B. megaterium dalam mengurangkan cemaran besi daripada kaolin.</jats:p>
File(s)
Loading...
Name
Journal Article.png
Size
17.27 KB
Format
PNG
Checksum
(MD5):85f5e85fa8f8c13d7350540217a227b6
