Options
Komunikasi Kepimpinan Mahathir Mohamad dari Perspektif Agama Hindu
Journal
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication
ISSN
2289-1528
Date Issued
2020-12-11
Author(s)
S. Maartandan Suppiah
Mohd Khairie Ahmad
Heran Niruba
DOI
https://doi.org/10.17576/JKMJC-2020-3604-11
Abstract
<jats:p>Penyelidikan kualitatif ini bermatlamat untuk meneroka pengaruh komunikasi kepimpinan Mahathir Mohamad dari sudut pandangan budaya masyarakat India di Malaysia. Mahathir dianggap sebagai seorang pemimpin yang hanya memberi tumpuan kepada pembangunan masyarakat Melayu atau masyarakat majoriti yang diwakilinya sehingga beliau dilabel sebagai ultra Melayu. Menariknya, walaupun Mahathir Mohamad dikatakan mengetepikan masyarakat bukan bumiputera khususnya masyarakat India, tetapi masyarakat India merekodkan pembangunan atau perubahan yang baik dalam pelbagai bidang. Dalam pada itu, penyelidikan ini mengandaikan bahawa kemahiran komunikasi kepimpinan Mahathir Mohamad mempengaruhi masyarakat India ke arah pembangunan di Malaysia. Budaya masyarakat India yang ditunjangi oleh kepercayaan Hinduisme dipercayai menjadi nilai asas dalam proses komunikasi kepimpinan Mahathir Mohamad dan masyarakat Hindu di Malaysia. Maka, penyelidikan ini membincangkan tentang komunikasi kepimpinan Tun Mahathir Mohamad dari perspektif budaya India, khususnya dari perspektif agama Hindu. Kaedah temubual mendalam digunakan untuk mengumpul data. Seramai 23 informan telah ditemu bual untuk mengumpul pandangan mereka tentang pimpinan Mahathir Mohamad. Informan penyelidikan dipilih melalui teknik persampelan bertujuan yang terdiri daripada ahli politik berbangsa India, ahli badan bukan kerajaan, para akademik, ahli perniagaan dan masyarakat biasa. Data dianalisa menggunakan kaedah analisis tematik dan tiga tema telah terbentuk iaitu definisi komunikasi kepimpinan, ciri-ciri komunikasi kepimpinan yang berkesan dan fungsi komunikasi kepimpinan. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa agama Hindu mempengaruhi persepsi masyarakat Hindu terhadap komunikasi kepimpinan Mahathir. Penyelidikan ini menyumbang kepada pembentukan dimensi baharu iaitu penyelidikan komunikasi kepimpinan dalam konteks budaya masyarakat India. Kata kunci: Komunikasi politik, budaya India, perubahan sosial, masyarakat India, kepimpinan.</jats:p>
File(s)
Loading...
Name
Picture1.png
Type
personal picture
Size
3.11 KB
Format
PNG
Checksum
(MD5):21881560e0c3c9c06b18c6e8fdc11acf
