Shin Yin LeeShih Nee YongKuan Seng HowSylvia Chieng2024-10-212024-10-212022-09-3010.17576/jsm-2022-5109-26https://dspace-cris.utar.edu.my/handle/123456789/3625Besi merupakan unsur yang penting bagi proses metabolisme organisma seperti kitar asid trikarboksilik, pengangkutan elektron dan fosforilasi oksidatif. Walau bagaimanapun, sumber besi di persekitaran luar sentiasa berada dalam bentuk kompleks yang tidak tersedia untuk pengambilan terus. Bagi mengatasi pengehadan besi, mikroorganisma berupaya untuk menghasilkan siderofor, sejenis pengkelat Fe(III) yang berafinan tinggi. Salah satu genus bakteria yang dapat menghasilkan siderofor adalah Bacillus. Dalam kajian ini, penghasilan dan keupayaan pengkompleksan siderofor Bacillus cereus, Bacillus megaterium dan Bacillus aryabhattai ditentukan melalui asai piring agar dan cecair krom azurol S (CAS). Kesan sumber karbon (glukosa, maltosa dan gliserol) ke atas penghasilan siderofor oleh Bacillus turut dikaji. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa B. cereus yang dikulturkan dalam kaldu LB berupaya untuk menghasilkan siderofor yang tertinggi berbanding B. aryabhattai dan B. megaterium. Siderofor yang dihasilkan oleh ketiga-tiga spesies berupaya untuk berkompleks dengan Mn(II), Zn(II) dan Cu(II). Hasil kajian turut menunjukkan pengkulturan dengan maltosa telah memberikan penghasilan siderofor yang paling tinggi bagi B. aryabhattai dan B. megaterium.Comparison of Siderophore Production by Bacillus aryabhattai, Bacillus megaterium, and Bacillus cereusjournal-article